Akaun yayasanmaghfirah06.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

DERMA KILAT : BANTU MANGSA GEMPA BUMI CIANJUR, JAWA BARAT 2022



Kemusnahan harta benda, kesedihan & kehilangan orang tersayang, itulah yang dialami oleh mangsa-mangsa gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia. Sayu melihat tempat tinggal yang dibina hasil usaha & titik peluh puluhan tahun musnah oleh gempa bumi sebesar 5.6 magnitud.

Sehingga 22/11/2022, seramai 162 orang telah menjadi korban.

Sedih apabila ada yang terpaksa mengucap selamat tinggal kepada adik, abang, kakak, ayah atau emak yang terkorban dalam runtuhan bangunan. Sesungguhnya kemusnahan harta & jiwa yang dialami oleh mangsa gempa bumi ini cukup dahsyat.



Kami Dari Yayasan Maghfirah memohon sumbangan kilat dari tuan/puan bagi membantu saudara-saudara

kita yang diuji dengan dugaan gempa bumi ini.


Bantuan akan disalurkan dalam bentuk:

✅ Baik pulih infraktruktur

✅ Bantuan kemanusiaan untuk mangsa


Pakej sumbangan adalah seperti berikut:

✓ Tabung Bencana RM 500 

✓ Tabung Bencana RM 250 

✓ Tabung Bencana RM 100 

✓ Tabung Bencana RM 50 

✓ Tabung Bencana RM 30 


Terima kasih kerana sudi membantu meringankan beban mangsa-mangsa gempa bumi ini.

Semoga Allah SWT membalas setiap sumbangan tuan/puan dengan limpahan rezeki yang berlipat kali ganda.



Dari Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah bersabda,

“Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan

menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban)

seorang muslim yang sedang kesulitan maka Allahakan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat”

(HR Muslim)