Akaun yayasanmaghfirah06.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

!! DERMA KILAT BANJIR 2023 !!

(Rebut Peluang Bantu Mangsa Banjir)


Cuba kita bayangkan jika kediaman kita sendiri dimasuki air banjir secara tiba-tiba, semestinya kesemua kelengkapan rumah seperti barangan elektronik, perabot dan lain-lain akan rosak dan musnah. Lebih buruk lagi jika dokumen-dokumen penting juga turut ditenggelami air. Begitulah dugaan yang perlu dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir. Kita tidak akan merasakan keperihan dan juga kesedihan yang sedang mereka alami kerana kita tidak berada dalam situasi tersebut. Jadi, dengan sumbangan yang kita hulurkan kepada mereka ini, secara tidak langsung akan menjadi motivasi buat mereka untuk terus kuat dan cekal menghadapi dugaan tersebut.


Hati siapa yang tidak sayu melihat banyak keluarga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara akibat rumah mereka dinaiki air deras. Lebih lebih lagi mereka telah kehilangan banyak harta benda & peralatan rumah.Habis semuanya musnah ditenggelami air. 

 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul! Prihatin terhadap nasib mereka, tim Yayasan Maghfirah dan Skuad Kita Bantu turun padang menghulurkan bantuan. Inilah kesempatan berharga untuk meringankan beban mereka.

 

"Budi kebajikan (tolong-menolong) itu akan memelihara seseorang daripada ditimpa malang dan bahaya yang mendatang, bersedekah (membantu meringankan beban saudaranya) dalam keadaan sulit atau tersembunyi daripada pengetahuan umum akan menghapuskan kemurkaan Tuhan dan menjalinkan atau mengeratkan tali silaturahim (dengan sifat tolong-menolong) akan melanjutkan usia seseorang."

(Hadis Riwayat Thabrani)




Justeru, untuk makluman semua pada masa terdekat iniYayasan Maghfirah bersama Skuad Kita Bantu akan bertolak ke Pantai Timur untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga mangsa banjir.  





Jom sama-sama bantu kami mencapai SASARAN bagi bantu lebih ramai mangsa banjir.


SASARAN DANA DIPERLUKAN:
  RM 100 000  


"KESUSAHAN MEREKA, KITA RINGKANKAN BERSAMA"




 


BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU SAUDARA KITA YANG DILANDA BANJIR?

Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah:






No. Akaun: 8603221427


Penama: YAYASAN MAGHFIRAH


Sila letakkan reference: 'Bencana64'



Tuan/puan boleh melampirkan resit ke:  

https://wasap.my/601164001649/bencana64 




 Jika tuan/puan dari luar negara seperti Singapura atau Brunei Tuan/Puan boleh menyumbang dengan memilih kaedah transaksi kad kredit atau debit melalui

Stripe