Akaun yayasanmaghfirah06.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

DERMA KILAT : GEMPA BUMI CIANJUR, INDONESIA



Pada 21 November 2022, negara jiran kita Indonesia telah dilanda gempa bumi berskala 5.6 ritcher. Pelbagai kemusnahan telah dialami seperti tempat tinggal, harta benda, kenderaan dan sebagainya termasuklah kehilangan orang yang tersayang. Sehingga 23/11/2022, seramai 271 orang telah terkorban.

Tidak tergambar oleh kita bagaimana kesedihan apabila diuji dengan kehilangan harta benda dan orang yang tersayang dalam sekelip mata. Dugaan yang ditimpakan oleh Allah SWT ke atas hamba-Nya semestinya untuk menguji tahap keimanan dan ketakwaan seseorang. Oleh itu, diharapkan saudara kita di sana agar tetap tabah dan cekal mendepani dugaan ini.

Dikesempatan ini, Yayasan Maghfirah mengalukan sumbangan bagi membantu meringankan dan mengurangkan serba sedikit kesusahan dan kesedihan yang dihadapi oleh mereka.



 Bantuan akan disalurkan bagi: 

✅ Bantuan kemanusiaan untuk mangsa

✅ Baik pulih infrastruktur

✅ Bantuan Makanan



 Pakej sumbangan adalah seperti berikut: 

✓ Tabung Bencana RM 500 

✓ Tabung Bencana RM 250 

✓ Tabung Bencana RM 100 

✓ Tabung Bencana RM 50 

✓ Tabung Bencana RM 30 


Terima kasih kerana sudi membantu meringankan beban mangsa-mangsa gempa bumi ini. Semoga Allah SWT membalas setiap sumbangan tuan/puan dengan limpahan rezeki yang berlipat kali ganda.



 Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda

“Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat”

(HR Muslim)


Anda juga boleh menyumbang secara manual transfer


CIMB : 
 
860 322 1427

Penama : YAYASAN MAGHFIRAH

Reference : Bencana64