!! TABUNG KECEMASAN BANJIR 2023 !!
(Rebut Peluang Bantu Mangsa Banjir di Kedah dan Perlis)
Sungguh menyayat hati..........
Negara dikejutkan dengan berita bencana banjir yang dilaporkan berlaku sekitar negeri Kedah dan Perlis yang semakin memburuk sejak beberapa hari lepas. Pastinya mereka tidak sempat membuat apa apa persediaan.
Hati siapa yang tidak sayu melihat banyak keluarga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara akibat rumah mereka dinaiki air deras. Lebih lebih lagi mereka telah kehilangan banyak harta benda & peralatan rumah. Habis semuanya musnah ditenggelami air.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul! Prihatin terhadap nasib mereka, tim Yayasan Maghfirah dan Skuad Kita Bantu turun padang menghulurkan bantuan. Inilah kesempatan berharga untuk meringankan beban mereka.
(Hadis Riwayat Thabrani)
Justeru, untuk makluman semua pada masa terdekat ini, Yayasan Maghfirah bersama Skuad Kita Bantu akan bertolak ke Kedah untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga mangsa banjir.
Jom sama-sama bantu kami mencapai SASARAN bagi bantu lebih ramai mangsa banjir.
"KESUSAHAN MEREKA, KITA RINGKANKAN BERSAMA"
BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU SAUDARA KITA YANG DILANDA BANJIR DI KEDAH DAN PERLIS?
Tuan puan boleh salurkan sumbangan ke akaun Yayasan Maghfirah:
8603 221 427
#Penama : Yayasan Maghfirah
#Reference : Bencana66
Lampirkan resit sumbangan ke:
Jika tuan/puan dari luar negara seperti Singapura atau Brunei Tuan/Puan boleh menyumbang
dengan memilih kaedah transaksi kad debit atau kredit melalui Stripe