Akaun yayasanmaghfirah06.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.


PAHALA MENGALIR BERTERUSAN BIARPUN SUDAH MENINGGAL DUNIA 


MESTI INDAHKAN DAPAT MELIHAT DAN MEMBACA AL-QURAN,

TAPI SAYANG....

KAMI TAK DAPAT MELIHATNYA 




Kebaikkan membaca Al-Quran merupakan suatu perkara yang bukan sahaja terhad bagi mereka yang boleh melihat sahaja tetapi bagi mereka yang mengalami masalah cacat penglihatan dari lahir juga tidak terlepas untuk mendalami ayat suci Al-Quran ini. 


Namun berbeza bagi mereka yang OKU Penglihatan, suatu kaedah pembelajaran menggunakan Al-Quran Braille telah dicipta bagi sama-sama membantu menyampaikan ayat suci Al-Quran ini kepada mereka.  


Permasalahannya timbul apabila kebanyakkan OKU Penglihatan mengalami masalah ketika sudah berusia. Di mana mata mereka semakin kabur dan juga deria rasa semakin kurang. Tambahan pula, Al-Quran Braille yang digunakan semakin menipis disebabkan tekanan jari mereka sewaktu mempelajari & membaca Al-Quran tersebut. 

Walau bagaimanapun, ini tidak menjadikan semangat mereka pudar malah terus berusaha untuk mendalami dan mempelajari al-Quran dengan tabah dan sabar.


Syukur kepada Allah atas usaha keras, berkat kesabaran dan kegigihan mereka untuk membaca, mempelajari, dan menguasai Al-Quran ini akhirnya membuahkan hasil yang cemerlang di mana ada di kalangan mereka yang dapat mengkhatamkan Al-Quran selama mereka hidup. 



Ayuh Tuan Puan, kita terus memberikan sokongan dan perhatian buat mereka. Alangkah indahnya jika kita sama-sama menginfakkan sedikit harta untuk  membantu ribuan saudara kita yang cacat penglihatan untuk mempelajari al-quran.  Hal ini  merupakan salah satu amalan jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran yang besar disisiNya kerana pahalanya tidak akan terputus meskipun orang yang menderma @ mewakafkan itu sudah meninggal dunia. InsyaAllah.


Rasulullah SAW bersabda: 

“Salah satu amal kebaikan yang pahalanya terus terbawa kepada si mati sampai ke alam kuburnya adalah sedekah dan mewariskan (menginfakkan) mushaf Al-Quran

[HR Bukhari]


       Atas keperihatinan ini Yayasan Maghfirah dengan kerjasama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) kini dalam usaha mengumpulkan dana bagi mencetak 2400 naskhah Al-Quran Braille dan juga kitab-kitab braille khusus untuk golongan OKU Penglihatan Islam di seluruh Malaysia.


       Untuk makluman tuan puan, (PERTIS) sebenarnya telah ditubuhkan dan diasaskan sejak 1996 lagi. Ini adalah satu-satunya persatuan OKU yang diiktiraf oleh JAKIM untuk menghasilkan Quran Braille di Malaysia. 


       Malahan juga, Quran Braille ini mempunyai jangka hayat selama lima tahun dan disebabkan ini perlu dicetak berulang kali agar butiran kod-kod braille tidak kekal hilang setelah disentuh dan boleh diguna pakai semula oleh mereka pada masa akan datang.


Justeru, Yayasan Maghfirah melancarkan 
Kempen Infaq Quran Braille



  Tuan puan boleh memilih sumbangan berdasarkan pakej dibawah mengikut kemampuan tuan puan.
Ayuh, rebut peluang keemasan ini untuk meraih saham Akhirat buat kita kelak nanti.


 Al-Quran Braille & kelas Pengajian Braille:
 RM 700

 1 Naskhah al-Quran Braille:
RM 600

Kelas Pengajian Braille:
RM 100

Seikhlas Hati:
RM 45

 Mudah-mudahan setiap naskhah Al-Quran yang diinfaqkan oleh tuan puan dapat memberi sinar kebahagiaan buat mereka. 



Semoga keprihatinan, sifat pemurah serta sumbangan ikhlas tuan puan dibalas oleh Allah dengan sebesar-besar ganjaran, dimurahkan rezeki dan diberikan umur yang panjang berkat sedekah jariah ini. 




Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah:



No. Akaun: 8603 22 1427
Penama: YAYASAN MAGHFIRAH
Sila letakkan reference: 'Braille64'




Jika tuan/puan dari luar negara seperti Singapura atau Brunei Tuan/Puan boleh menyumbang dengan memilih kaedah transaksi kad debit atau kredit melalui  Stripe