Rakyat Syria-Turkiye Diancam Kebuluran,
Gempa bumi dan bencana banjir menimpa mereka.
Bagaimana dengan nasib mereka setelah ditimpa bencana ini?
Sungguh menyayat hati...
Lebih 3,700 orang terkorban akibat gempa bumi berukuran 7.8 magnitud berhampiran sempan Turkiye-Syria.
Jumlah ini dijangkakan akan meningkat lagi berikutan gegaran susulan sepanjang hari.
Hati siapa yang tidak sayu melihat mayat bergelimpangan di merata kawasan. Ada ahli keluarga yang telah meninggal dunia akibat tertimbus
dalam bangunan dan ada juga yang masih hilang tanpa khabar berita.
Tambahan pula, mereka ditimpa bencana banjir kilat, dalam keadaan sehelai sepinggang tak kira muda atau tua.
Mereka merintih kesejukan, tiada tempat berteduh juga makanan untuk meneruskan kehidupan seharian
Bagaimana dengan nasib mereka setelah ditimpa bencana tersebut?
Antara bantuan yang akan diberikan adalah:
1. Pek barangan asas
2. Pek makanan siap masak
3. Kelengkapan peribadi (pakaian)
4. Khemah
Baru-baru ini, negara yang mereka menumpang juga mengalami krisis. Cuba bayangkan apa nasib pelarian-pelarian Syria apabila kos sara hidup di Lubnan meningkat dan bekalan gandum, roti juga tidak mencukupi. Rentetan peper4angan yang sedang berlaku, harga bahan mentah terutamanya minyak masak jugak naik mendadak.
Lebih 6.5 juta rakyat Syria menjadi pelarian sejak 2011-2022. Mereka tiada peluang untuk mengubah nasib mereka. Hanya berteduh di dalam khemah kanvas. Makanan juga mereka perlu bergantung kepada bantuan luar kerana kos sara hidup yang semakin tinggi. Tempat mereka berlindung pula ditimpa musibah gempa bumi.
Setiap hari mereka berdoa kalau-kalau ada bantuan yang datang kepada mereka, bantuan dari saudara-saudara Muslim lain. Kami mengajak anda semua untuk sama-sama menggembirakan saudara-saudara kita yang menjadi pelarian di Lubnan terutamanya.
Bersedekah untuk berkongsi rezeki. Merasai manisnya nikmat memberi.
Bank : CIMB Bank
Nama : Yayasan Maghfirah
No akaun : 8603221427
Sila letakkan reference “BTT56”