Anak-anak Pelarian Syria Diancam Kebuluran,
Krisis Ekonomi Negara yang Ditumpang Makin Meruncing
Yayasan Maghfirah penjadi penghubung anda yang dermawan di luar sana dengan mereka-mereka yang memerlukan bantuan. Kempen Ramadan Timur Tengah menyalurkan bantuan kepada anak-anak yatim, pelarian, pelajar-pelajar asnaf dan golongan kurang berkemampuan bagi merasai nikmat Ramadan dan Syawal.
Bantuan akan disalurkan kepada :
- Anak-anak Yatim Syria kerana peperangan
- Ibu Tunggal dan Keluarga pelarian Syria di Lubnan
Kali ini peluang kebajikan untuk anda ceriakan mereka. Rasulullah sangat menganjurkan kita memberi makan orang-orang yang susah terutamanya saudara seislam kita. Rasulullah sayang pada umatnya yang prihatin pada saudara seislam. Imam Jalaluddin al-Suyuti menyebutkan terdapat satu hadis Nabi SAW mengenai orang yang akan mendapatkan perlindungan di bawah Arasy Allah SWT. Dia adalah orang yang memberi makanan kepada orang yang lapar.