Kanak-kanak Pelarian Syria dan Falastin
Menangis Kesejukan
Suhu semasa musim sejuk di Kem Pelarian boleh mencecah sehingga negatif darjah celsius. Mereka hanya tinggal di dalam khemah yang koyak dan salji memasuki khemah, akibat daripada itu lopak air bertakung dan membeku didalam khemah.
Mereka tinggal di dalam khemah usang diperbuat daripada plastik kanvas. Tempat teduhan yang saiznya hanya ibarat sebuah bilik tidur didiami oleh sebuah keluarga yang mempunyai 9 orang anak.. Allahu,, tak terbayang bebanan yang mereka tanggung. Sungguh simpati melihat renungan sayu mata si kecil yang meminta makanan dan menggigil kesejukan apabila kami tiba di kem pelarian.
Baru-baru ini, negara yang mereka menumpang juga mengalami krisis. Cuba bayangkan apa nasib pelarian-pelarian Syria apabila kos sara hidup di Lubnan meningkat dan bekalan gandum, roti juga tidak mencukupi. Rentetan peper4ngan yang sedang berlaku, harga bahan mentah terutamanya minyak masak jugak naik mendadak. Tambahan pula, keadaan di sana sedang mengalami keadaan sejuk yang melampau.
Lebih 6.5 juta rakyat Syria menjadi pelarian sejak 2011-2023. Mereka tiada peluang untuk mengubah nasib mereka. Hanya berteduh di dalam khemah kanvas. Makanan juga mereka perlu bergantung kepada bantuan luar kerana kos sara hidup yang semakin tinggi.
Setiap hari mereka berdoa kalau-kalau ada bantuan yang datang kepada mereka, bantuan dari saudara-saudara Muslim lain. Kami mengajak anda semua untuk sama-sama menggembirakan saudara-saudara kita yang menjadi pelarian di Lubnan terutamanya.
Bersedekah untuk berkongsi rezeki. Merasai manisnya nikmat memberi.

Yayasan Maghfirah penjadi penghubung anda yang dermawan di luar sana dengan mereka-mereka yang memerlukan bantuan. Kempen Bantuan Timur Tengah menyalurkan bantuan kepada anak-anak yatim, pelarian, pelajar-pelajar asnaf dan golongan kurang berkemampuan menghadapi musim sejuk yang melampau.
Bantuan akan disalurkan kepada :
Anak-anak Yatim Syria kerana peperangan
Ibu Tunggal dan Keluarga pelarian Syria di Lubnan
Kali ini peluang kebajikan untuk anda ceriakan mereka. Rasulullah sangat menganjurkan kita memberi makan orang-orang yang susah terutamanya saudara seislam kita. Rasulullah sayang pada umatnya yang prihatin pada saudara seislam. Imam Jalaluddin al-Suyuti menyebutkan terdapat satu hadis Nabi SAW mengenai orang yang akan mendapatkan perlindungan di bawah Arasy Allah SWT. Dia adalah orang yang memberi makanan kepada orang yang lapar.
PAKEJ SUMBANGAN
> Alat Pemanas RM 310
> Kotak Makanan Asas + Minyak Gas 20L RM 250
> Kotak Makanan asas + Kayu (100 kilo) RM 235
> Kotak Makanan Asas RM 120
KANDUNGAN KOTAK MAKANAN ASAS
> PASTA
> BERAS MESIR
> BULGUR COARSE (GANDUM)
> PES TOMATO
> MINYAK MASAK
> KACANG PEAS, FAVABEANS, HUMMUS
> GARAM
=====================================================
Bank : CIMB Bank
Nama : Yayasan Maghfirah
No akaun : 8603221427
Sila letakkan reference “BTT60”
Tuan/puan boleh melampirkan resit ke:
https://wasap.my/60134979663/BantuanTimurTengah
Jika tuan/puan dari luar negara seperti Singapura atau Brunei Tuan/Puan boleh menyumbang dengan memilih kaedah transaksi kad debit atau kredit melalui Stripe