!! BANTU MEREKA MENDENGAR SEMULA !!
Sejak tahun 2020, Yayasan Maghfirah berjaya memulihkan pendengaran dua kanak-kanak istimewa iaitu adik Iman & adik Nailah melalui pembedahan Implan koklea.
Kini kami mahu menyebarkan kegembiraan ini untuk lebih ramai yang memiliki masalah pendengaran melalui Tabung Pendengaran anjuran Yayasan Maghfirah
Apa itu Implan Koklea?
Implan koklea adalah alat elektronik yang dipacak di bahagian dalam kepala melalui pembedahan bagi membantu individu yang bermasalah pendengaran sensorineural untuk mendengar bunyi.
Koklea berfungsi menggantikan fungsi koklea di bahagian dalam telinga yang rosak bagi memproses bunyi untuk menghantar signal ke otak.
Hadirkan kegembiraan dalam hati mereka
Gelak tawa anak-anak ibarat halwa telinga kepada ibu bapa. sedih melihat ada ibu bapa yang tidak mendapat dapat mencipta saat-saat riang ini bersama anak kesayangan mereka dek kerana sang anak mengalami masalah pendengaran, tidak dapat mendengar apa yang diperkatakan oleh ibu & ayah. Jauh di sudut hati ibu bapa ini inginkan anak ini mendengar serta tertawa bersama mereka.
Justeru, jika anda prihatin dengan menyumbang melalui Tabung Pendengaran anjuran Yayasan Maghfirah, anda akan dapat merealisasikan hasrat para ibu bapa yang ingin melihat anak anak mereka mendengar semula
Bantu Ribuan Kanak-Kanak Mendengar Semula Seperti Adik Iman & Nailah
Antara kanak-kanak yang pernah dibantu oleh Yayasan Maghfirah untuk menjalani pembedahan implan koklea ini adalah seperti adik Iman & Nailah. Kini mereka sedang menjalani tempoh terapi untuk mendengar semula
Sabda Rasulullah:
"Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain, manakala amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kebahagiaan yang engkau berikan kepada diri seorang Muslim atau engkau menghilangkan kesulitannya atau engkau melunaskan hutangnya atau membebaskanny dari kelaparan."
(Riwayat al-Tabarani)
▶️ Pakej Noble : RM 10,000
BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU ?
Jika Tuan/Puan berniat untuk menyumbang tetapi tidak mahu mengikut pakej yang disediakan, boleh menyumbang sebanyak RM10, RM20 dan sebagainya ke akaun di bawah:
#CIMB : 8603 221 427
#Penama : Yayasan Maghfirah
#Reference : Dengar64
Jika tuan/puan dari luar negara seperti Singapura atau Brunei Tuan/Puan boleh menyumbang dengan memilih kaedah transaksi kad debit atau kredit melalui Stripe