!! BANTUAN KECEMASAN BENCANA GEMPA BUMI
TURKIYE & SYRIA !!
Mangsa gempa bumi mencecah 26 juta. Mangsa yang selamat memerlukan bantuan kita SEGERA !
Sungguh menyayat hati... Harta benda musnah sekelip mata.. Tiada tempat berteduh, tiada lagi makanan dan selimut..
Hampir 50,000 orang terkorban dan lebih 26 juta orang yang terlibat menjadi mangsa akibat gempa bumi berukuran 7.8 magnitud dan 7.5 magnitud di dua lokasi berdekatan sempadan Turkiye - Syria. Gempa susulan terus-terusan berlaku sehingga kini. Bangunan kediaman, sekolah, hospital semua runtuh. Mereka berlindung di dalam kereta & khemah
Hati siapa yang tidak sayu melihat mayat bergelimpangan di merata kawasan. Ada ahli keluarga yang telah meninggal dunia akibat tertimbus
dalam bangunan dan ada juga yang masih hilang tanpa khabar berita.
Tambahan pula, cuaca di sana teramat sejuk, dalam keadaan sehelai sepinggang tak kira muda atau tua.
Mereka merintih kesejukan, tiada tempat berteduh juga baju yang tebal untuk bertahan di dalam kesejukan.
Yayasan Maghfirah mengambil peranan menghubungkan rakyat Malaysia dengan saudara-saudara kita di Turki dan Syria yang diuji malapetaka.
YM telah bekerjasama dengan rakan kerjasama Hayat Lolu, sebuah NGO yang berpusat di Turki untuk mengagihkan bantuan dan sumbangan dari kita semua.
Antara bantuan yang akan diberikan adalah:
1. Pek barangan asas
2. Pek makanan asas (maghfirah meal)
3. Kelengkapan peribadi (baju sejuk, selimut)
(Hadis Riwayat Thabrani)
Justeru, untuk ayuh kita sama-sama sampaikan bantuan kepada saudara kita disana yang terlibat dengan bencana gempa bumi.
Jom sama-sama bantu kami mencapai SASARAN bagi bantu lebih ramai mangsa bencana gempa bumi.
"KESUSAHAN MEREKA, KITA RINGKANKAN BERSAMA"
BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU SAUDARA KITA YANG DILANDA GEMPA BUMI?
Tuan puan boleh salurkan sumbangan ke akaun Yayasan Maghfirah:
8603 221 427
#Penama : Yayasan Maghfirah
#Reference : Bencana55
Kepilkan resit ke nombor di bawah untuk rujukan :
http://www.wasap.my/60199221236/Bencana55