Akaun yayasanmaghfirah06.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.



     


INFAK PEMBELIAN BANGUNAN PERTIS

Bantu Dapatkan Pejabat Baharu Untuk OKU Penglihatan Bekerja & Mendalami Fardhu Ain



Selama 1 tahun Kami cuba untuk membantu PERTIS mendapatkan sebuah bangunan baharu di Titiwangsa yang berstruktur 4 tingkat berharga RM 4 Juta.


Masalah utamanya adalah pejabat PERTIS yang sedia ada ini agak sempit & hanya mampu melaksanakan program berskala kecil tetapi tidak melebihi 20 orang.


PERTIS telah menyusun pelbagai program dakwah untuk OKU penglihatan seperti kelas tadarus & kelas pengajian Quran Braille.


Mereka memerlukan ruang yang lebih besar & luas bagi tujuan kelas-kelas itu dijalankan.





Kelas Pengajian Quran Braille

Aktiviti percetakan Quran Braille yang dijalankan sepanjang tahun




Namun, jumlah dana yang terkumpul ketika itu tidak mencukupi untuk membeli bangunan tersebut. Kami hanya berjaya mengumpulkan RM 923,090.73, masih jauh dari sasaran sumbangan.

Dukacitanya, kami terpaksa akur apabila ada pihak lain yang membeli bangunan itu terlebih dahulu.




TERKILANNYA KAMI, JOM PASTIKAN TAHUN INI URUSAN MEREKA DIPERMUDAHKAN UNTUK MENGADAKAN AKTIVITI DAKWAH


Kami berhasrat untuk memastikan sasaran kutipan dana tercapai bagi pembelian bangunan baharu dalam tahun ini juga. Hal ini penting agar aktiviti yang dirancang oleh PERTIS dapat berjalan dengan lancar.

Bangunan yang kami tempah ketika ini mempunyai ketinggian empat tingkat & berikut merupakan butiran bangunannya:



Maklumat Bangunan 

Alamat  : No. 68, 68-A, 68-B, 68-C Jalan Datuk Haji Eusoff, Komplek Damai, Off Jalan Ipoh, 50400, Kuala Lumpur.

Bilangan tingkat  : 4 tingkat.

Keluasan  : 1739.943ft²


Bangunan yang akan dibeli ini akan memberi manfaat kepada PERTIS dalam menjalankan usaha dakwah terutamanya pada bulan-bulan mulia seperti Ramadan yang penuh dengan pengisian program bermanfaat.



 

Ia akan menempatkan fasiliti:

✅Tingkat bawah (ground floor) akan dijadikan dewan dan Pusat Kehidupan Berdikari (ILC) untuk melaksanakan program bagi manfaat ahli dan OKU Penglihatan Islam.

✅ Tingkat 1 (first floor) akan dijadikan unit pentadbiran dan ‘one stop centre’.

✅ Tingkat 2 dijadikan pusat penerbitan dan perpustakaan.


✅ Tingkat 3 akan dijadikan bilik kuliah untuk kelas pengajian kepada golongan OKU Penglihatan Islam.




BAGAIMANA CARA BERINFAQ?


Anda boleh pilih pakej sumbangan berikut

RM 1000 - INFAK BANGUNAN BARU PERTIS

RM 500 - INFAK RUANG DEWAN PEMAHAMAN ISLAM OKU

RM 300 - INFAK ASRAMA KAKITANGAN OKU

RM 150 - INFAK BILIK PENCETAKKAN QURAN BRAILLE

RM 100 - INFAK BILIK AL QURAN BRAILLE

RM 50 - INFAK RUANG PEJABAT OKU




#URGENT : Kami berharap tuan/puan boleh mempertimbangkan untuk menyumbang pakej RM 150 ke atas kerana kami ketika ini benar-benar


kesuntukkan masa, kami risau jika lewat bangunan tersebut juga akan dibeli oleh orang lain.


Semakin besar nilai yang disumbangkan, InshaAllah kita akan dapat merealisasikan impian mereka memperoleh pejabat ini


Mari kita sahut seruan amal untuk membantu saudara OKU Muslim kita mendalami agama.


Tahukah bahawa sumbangan tuan/puan ini ibarat usaha kita untuk membantu jihad para OKU ini memahami Islam. MasyaAllah bayangkan betapa besarnya amal ini di sisi Allah SWT.


Barangsiapa yang membantu keluarga seorang yang berjihad di jalan Allah dengan suatu kebaikan maka dia juga telah ikut berjihad

[HR. Al-Bukhari dan Muslim]


Jika tuan/puan berniat untuk menyumbang namun tidak mahu mengikut pakej di atas boleh menyumbang sebanyak RM 10, RM 20  atau RM 30 dan sebagainya ke akaun di bawah:




Yayasan Maghfirah : 8603221427

Rujukan: Pertis64

Lampirkan resit sumbangan ke:




Jika tuan/puan dari luar negara seperti Singapura atau Brunei tuan/puan boleh menyumbang dengan memilih kaedah transaksi kad kredit atau debit melalui Stripe


Semoga dengan sumbangan tuan/puan dapat memberi kegembiraan buat mereka yang memerlukan.


TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN.