Akaun yayasanmaghfirah06.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.


  Manfaatkan Harta Kita  Untuk Orang Lain -

Berkongsi Bersama  Raih Pahala Berpanjangan

 

 


Bantu kami cetak  RIBUAN   NASKHAH   QURAN BRAILLE  untuk

  OKU Penglihatan  


 Yayasan Maghfirah dengan kerjasama  Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) kini dalam usaha mengumpulkan dana bagi mencetak 2400 naskhah quran braille dan juga  kitab-kitab braille khusus untuk golongan   OKU Penglihatan Islam di seluruh Malaysia.


Untuk makluman tuan puan, (PERTIS) sebenarnya telah ditubuhkan dan diasaskan sejak 1996 lagi. Ini adalah satu-satunya persatuan OKU yang  diiktiraf oleh JAKIM  untuk menghasilkan Quran Braille di Malaysia. 


Malahan juga, Quran braille ini mempunyai jangka hayat selama lima tahun dan disebabkan ini perlu dicetak berulang kali agar butiran kod-kod braille tidak kekal hilang setelah disentuh dan boleh diguna pakai semula oleh mereka pada masa akan datang.




Berdasarkan Hadis Nabi saw yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud. Sabda Nabi SAW:




Ramai OKU Penglihatan mengalami masalah ketika sudah berusia. Walaubagaimanapun, ini tidak menjadikan semangat mereka pudar malah terus berusaha untuk mendalami dan mempelajari al-Quran dengan tabah dan sabar.



 Syukur kepada Allah atas usaha keras, berkat kesabaran dan kegigihan beliau untuk membacamempelajari al-quran,
dan menguasai al-Quran ini akhirnya membuahkan hasil yang cemerlang.





Ayuh Tuan Puan, kita terus memberikan sokongan dan perhatian buat mereka. Alangkah indahnya jika kita sama-sama menginfakkan sedikit harta untuk  membantu ribuan saudara kita yang cacat penglihatan untuk mempelajari al-quran.  Hal ini   merupakan salah satu amalan jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran yang besar disisiNya  keran a  pahalanya tidak akan terputus  meskipun orang yang menderma @ mewakafkan itu sudah meninggal dunia. InsyaAllah.


Rasulullah SAW bersabda: 

“Salah satu amal kebaikan yang  pahalanya terus terbawa kepada si mati sampai ke alam kuburnya  adalah sedekah dan  mewariskan (menginfakkan) mushaf Al-Quran

[HR Bukhari]



Justeru, Yayasan Maghfirah melancarkan  kempen Infaq Quran Braille



  Tuan puan boleh memilih sumbangan berdasarkan pakej dibawah mengikut kemampuan tuan puan. Ayuh, rebut peluang keemasan ini untuk meraih saham Akhirat buat kita kelak nanti.

 Infak  Al-Quran Braille & kelas Pengajian Braille:
 RM 500

Infak 1 naskhah Quran Braille:
RM 400

Infak Kelas Pengajian Braille:
RM 100

Seikhlas Hati:
RM 45

 Mudah-mudahan setiap naskhah Al-Quran yang diinfaqkan oleh tuan puan dapat memberi sinar kebahagiaan buat mereka.  



Semoga keprihatinan, sifat pemurah serta sumbangan ikhlas tuan puan dibalas oleh Allah dengan sebesar-besar ganjaran, dimurahkan rezeki dan diberikan umur yang panjang berkat sedekah jariah ini. 



Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah:



No. Akaun: 8603221427
Penama:
Sila letakkan reference:  'braille 51'


Jika tuan/puan dari  luar negara  seperti  Singapura  atau  Brunei  Tuan/Puan boleh menyumbang dengan memilih kaedah transaksi kad debit atau  kredit melalui  Stripe