Akaun yayasanmaghfirah06.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

9 Orang Anak Pilu, Ayah Mereka Hilang Keupayaan Berjalan Akibat Kemalangan

Encik Hafiz, Puan Farah & 9 anak-anaknya perlukan bantuan





Encik Hafiz telah kemalangan jalan raya menaiki van apabila kenderaannya melanggar pembahagi jalan ketika sedang bertugas menghantar barang. Akibat kemalangan itu, kedua belah kakinya telah patah dan sebelah kiri telah dimasukkan besi. Walaupun dia telah kemalangan pada bulan Januari lalu, namun dia masih belum pulih dan terpaksa berkerusi roda sehingga kini.





Encik Hafiz juga telah kehilangan sumber pendapatan dan pekerjaannya setelah kemalangan tersebut. Isterinya Puan Farah terpaksa untuk menyara keluarga akan tetapi dia tidak bekerja dan merupakan suri rumah sahaja.


Bebanan berat buat Puan Farah terpaksa tanggung 9 orang anak..


Setelah suaminya kehilangan keupayaan untuk berjalan & menyara keluarga Puan Farah terpaksa memegang tanggungjawab menjadi ketua keluarga menyara 9 orang anak, Dengan dirinya sendiri tiada pendapatan kerana terpaksa menjaga suami. Puan Farah terpaksa menebalkan muka dengan meminta bantuan daripada rakan-rakan, jiran terdekat dan pernah juga meminta bantuan anaknya yang sedang belajar di tingkatan 1 untuk bekerja di pasar malam atau memancing ikan bagi menampung perbelanjaan keluarga mereka.


Rebus beras untuk ganti susu buat anak yang lapar

Pernah satu ketika anak kecil Encik Hafiz kelaparan. Encik Hafiz & isterinya buntu kerana mereka sudah kehabisan susu anak & tiada duit untuk membeli susu baru. Akibat kebuntuan & risau dengan keadaan anak yang lapar mereka terpaksa merebus beras untuk dijadikan susu.


Terpaksa memancing untuk dapatkan duit belanja sekolah

Krisis kewangan menyebabkan keluarga En Hafiz tidak mampu membeli keperluan untuk anak-anaknya, bagi menjimatkan perbelanjaan keluarga anak Encik Hafiz berikhtiar untuk memancing ikan untuk dijadikan lauk makan harian, malah yang lebih menyedihkan adalah daripada hasil tangkapan ikan itu, anak Encik Hafiz akan menjualnya untuk mendapatkan wang belanja ke sekolah








Puan Farah juga pernah berlapar supaya anak-anaknya dan Encik Hafiz tidak kelaparan. Sampai satu tahap dia terpaksa menggantikan susu anaknya dengan air rebusan beras kerana betul-betul tidak mempunyai duit untuk membeli barang-barang keperluan.


Selain itu, banyak lagi komitmen lain yang perlu beliau tanggung antaranya:


▶️Susu anak
▶️Pampers Anak
▶️Yuran Sekolah
▶️Bayaran Sewa Rumah
▶️Perbelanjaan Anak Sekolah
▶️Pengangkutan Sekolah
▶️Susu Anlene untuk suami


Bukan mudah untuk Puan Farah tanggung seorang diri, dengan tidak memiliki apa-apa pekerjaan walaupun telah berusaha mencari namun dia terpaksa juga untuk menanggung kos bulanan yang tinggi.



JOM BANTU RINGANKAN BEBAN EN HAFIZ SEKELUARGA 


Ayuh sama-sama kita ringankan beban tanggungan yang terpaksa ditanggung oleh Puan Farah

Semoga dengan sumbangan tuan puan walau sedikit dapat meringankan beban insan yang diuji dengan masalah kesihatan dan kewangan


Dari Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

 

‏ مَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

 

Maksudnya : Sesiapa yang mempermudahkan ke atas orang yang susah maka Allah akan mempermudahkan urusan dirinya di dunia dan juga di akhirat.

 

Riwayat Ibn Majah (2417)


PAKEJ SUMBANGAN


> BANTU 10 KELUARGA  RM 1000 

> BANTU 5 KELUARGA  RM 500

> BANTUAN BARANGAN ASAS  RM 200

> PAKEJ PEDULI 2  RM 50

> PAKEJ PEDULI 1  RM 30



Untuk transaksi bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah :



CIMB BANK : YAYASAN MAGHFIRAH
NO ACC : 8603 2214 27
RUJUKAN : JP64

LAMPIRKAN RESIT SUMBANGAN KE : 

Jika tuan/puan dari Singapura atau Brunei boleh menyumbang menggunakan kaedah online banking melalui kaedah Stripe


Jom sama-sama kita bantu ringankan bebanan yang sedang ditanggung oleh mereka sekeluarga dan lebih ramai lagi mereka yang serba kekurangan di luar sana.