Akaun yayasanmaghfirah06.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.



JANGAN BIARKAN KEDAIFAN & KEKURANGAN JADI PUNCA MEREKA KETINGGALAN DALAM MEMPELAJARI AGAMA





Fasih membaca Quran bukan hanya disebabkan faktor kerajinan seseorang individu atau pelajar. Faktor ekonomi keluarga juga memainkan peranan yang penting. Bagi keluarga yang berkemampuan, mereka boleh menghantar anak-anak ke kelas agama & fardhu ain yang mengajarkan al-Quran secara berkala dengan betul. 


Namun bayangkan bagi keluarga yang mempunyai taraf ekonomi yang miskin, mereka tidak mampu menghantar anak-anak ke kelas fardhu ain mahupun kelas mengaji.


Isu ini jelas kelihatan dalam kalangan keluarga asnaf samaada di semenanjung & Sabah Sarawak. Namun isu ini lebih kritikal di Sabah disebabkan faktor pedalaman yang memiliki akses terhad kepada fasiliti. Justeru, melalui kempen Infaq Quran & Sahabat SAQ, Yayasan Maghfirah mengajak tuan/puan membantu asnaf agar tidak ketinggalan di dalam pengajian al-Quran.



Justeru, Yayasan Maghfirah mengajak tuan/puan membantu asnaf agar tidak ketinggalan di dalam pengajian al-Quran melalui Infaq Quran & Kelas Sahabat Quran (SAQ)



WAKAF UNTUK PAHALA INFINITI, YANG KEKAL MENGALIR TANPA HENTI



Misi 1 Juta Quran  Diwakafkan

Kepada Mereka Yang Memerlukan


(Niatkan pahala wakaf ini untuk  ibu bapa & orang tersayang )



Yayasan Maghfirah dengan kerjasama Quran Humaira membuka peluang kepada semua dermawan untuk menginfak Al-Quran yang akan dimanfaatkan oleh asnafpara tahfiz, sekolah dan individu yang memerlukan.


Melalui kempen ini, kami mensasarkan lebih ramai yang berpeluang untuk membaca dan mempelajari Al-Quran dengan lebih

lancar malah turut mendalami ilmu agama sebaik mungkin. Selain itu, dengan adanya naskah ini, mudah-mudahan mereka dapat mempraktikkan segala ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian. 


        



PENERIMA MANFAAT MANFAAT SELAIN ASNAF ADALAH SEPERTI BERIKUT:












Program Kedua adalah Kelas Sahabat Al-Quran untuk memberikan kelas didikan al-Quran secara percuma kepada asnaf. Program ini mempunyai beberapa cawangan di Kuala Lumpur, Selangor & Sabah khas untuk membantu golongan miskin bandar & penduduk pedalaman


  


Program SAQ di cawangan Hulu Langat, Selangor



                                        


Program SAQ di Sabah


Kelas Sahabat al-Quran (SAQ) ialah sebuah program pendidikan bermodul yang memfokuskan pengajian al-Quran dan penerapan asas kefahaman Islam.

Kelas ini bukan sahaja menekankan pendidikan al-Quran dari sudut bacaan dan tajwid, tetapi juga penekanan kefahaman mengenai isi al-Quranpraktikal fardhu ain dan kefahaman Islam agar dapat dipraktikkan serta diterjemahkan kepada akhlak dan adab pelajar.


Kelas SAQ mengandungi 8 modul yang menarik:


✔ Tajwid ✔ Hadis ✔ Aktiviti Palestin ✔ Tafsir ✔ Akidah 

✔ Ibadah ✔ Aktiviti Khas



KENAPA PERLU BERINFAK?


Rasulullah SAW bersabda:

“Salah satu amal kebaikan yang pahalanya terus terbawa kepada si mati sampai ke alam kuburnya adalah sedekah dan mewariskan (menginfakkan) mushaf Al-Quran"
[HR Bukhari]


"Bersedekah Sebagai Amalan Jariah, Bekalan Kita di Akhirat"

Apaila Tuan Puan taja al-Quran dan kelas SAQ buat mereka yang memerlukan, bayangkanlah pahala yang bakal mengalir buat Tuan Puan setiap kali penerima membaca al-Quran tersebut.

Selagi ilmu yang mereka pelajari dari kelas SAQ dimanfaatkan dalam kehidupan, selagi itulah ganjaran dan kebaikan terus dikurniakan walaupun setelah Tuan Puan meninggal dunia.




 BAGAIMANA CARA INFAK? 

Tuan puan boleh memilih pakej sumbangan dibawah

ATAU

Untuk transaksi bantuan secara  manual / transfer / CDM  boleh bank in ke akaun di bawah:



No. Akaun :  8603221427
Penama:   YAYASAN MAGHFIRAH
Sila letakkan reference:   QURAN56