MARI BANTU PENDIDIKAN ANAK OKU DAN
TERAPI SECARA KONSISTEN

JANJI ALLAH SWT ITU ADALAH PASTI. Sesungguhnya, sekecil-kecil kebaikan yang kita lakukan pasti akan dibalas dengan kebaikan juga. Kehidupan kita atas dunia ini bukanlah hidup secara bersendirian, malah sentiasa memerlukan bantuan dan pertolongan daripada orang lain.
INFAQ TERAPI ANAK
Anak-anak istimewa seperti Autisme, Down Syndrome, Disleksia dan sebagainya perlu mengikuti terapi secara berkala yang konsisten bagi memastikan perkembangan dan pemulihan diri mereka dalam keadaan baik.
Sesi terapi di hospital kerajaan dengan kadar percuma tidak mampu menampung pesakit yang terlalu ramai, sehingga menyebabkan pesakit tidak dapat menerima rawatan secara konsisten dengan kekerapan yang mencukupi.
Bagi memastikan perkembangan diri pesakit dalam keadaan yang baik, proses terapi di pusat terapi swasta adalah pilihan alternatif namun bukan semua keluarga berkemampuan begitu.
Oleh itu, bantuan ini diwujudkan bagi mengumpulkan dana membantu keluarga yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan terapi yang konsisten di pusat terapi swasta tertentu dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Maghfirah. Perkembangan pemulihan diri anak-anak istimewa ini adalah lebih baik dengan terapi yang berkala dan konsisten.
PENDIDIKAN AL QURAN
Kanak-kanak OKU ini juga memerlukan pendidikan Al-Quran sebagai keperluan rohani. Seperti kanak-kanak normal lain di luar sana, mereka juga berhak mendapat ilmu agama. Kelas ini mengumpulkan kanak-kanak OKU masalah penglihatan, pendengaran dan mereka yang menghadapi masalah pembelajaran seperti lembam dan sebagainya.
Pusat Dakwah OKU (Akademi Faqeh) kerjasama dengan Yayasan Maghfirah membantu golongan OKU dengan mendedahkan mereka dengan ilmu Fardhu Ain dan pengajian Al-Quran menggunakan kaedah khas dan bermodul.
SASARAN AGIHAN
Kami memfokuskan pemberian kepada beberapa golongan di yang terkesan dalam usaha menyantuni para OKU ini. Antaranya:
1. Golongan OKU Fizikal
2. Anak-anak Down Syndrome & Autisme
3. Masalah Skizofrenia, Mood Disorder dan sebagainya.
BAGAIMANA TUAN/ PUAN BOLEH BERINFAQ?
Tuan/ Puan boleh menyalurkan INFAQ dalam bentuk:
✅ Infaq Jutawan = RM 1,000
✅ Infaq Dermawan = RM 500
✅ Infaq Tiga Sesi Terapi = RM 300
✅ Infaq Satu Sesi Terapi = RM 100
✅ Taja Pendidikan OKU = RM 50
✅ Infaq Bantuan Kelestarian OKU = RM 50
Allah berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.”
(Qs. Al Hadid: 18)
Jika tuan/puan berniat untuk menyumbang namun tidak mahu mengikut pakej di atas boleh menyumbang sebanyak
RM 10, RM 20 atau RM 30 dan sebagainya Ke Akaun Di Bawah:
Bank : CIMB Bank
Nama : Yayasan Maghfirah
No akaun : 8603221427
Sila letakkan reference “TKO58"
![]()