!! TABUNG KECEMASAN BANJIR 2022 !!
Sungguh menyayat hati..........
Hati siapa yang tidak sayu melihat banyak keluarga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara akibat rumah mereka dinaiki air deras. Lebih-lebih lagi mereka telah kehilangan banyak harta benda & peralatan rumah.
Habis semuanya musnah ditenggelami air.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul! Prihatin terhadap nasib mereka, tim Yayasan Maghfirah dan Skuad Kita Bantu turun padang menghulurkan bantuan. Inilah kesempatan berharga untuk meringankan beban mereka.
(Hadis Riwayat Thabrani)
Justeru, untuk makluman semua pada masa terdekat ini, Yayasan Maghfirah bersama Skuad Kita Bantu akan membuat persediaan dari segi makanan asas, barangan elektrik untuk diagihkan bantuan kepada keluarga mangsa banjir.
Jom sama-sama bantu kami membuat PERSEDIAAN dan mencapai SASARAN bagi bantu lebih ramai mangsa banjir.
"KESUSAHAN MEREKA, KITA RINGKANKAN BERSAMA"