DEMI MENYARA KELUARGA,
MEREKA BERNIAGA DI KAKI LIMA
Sebuah Kisah Realiti... pengorbanan seorang anak remaja bernama adik Diana yang berniaga sehingga ke lewat malam
demi membantu keluargannya yang susah. Betapa murninya hati adik Diana ini, dia tidak simpan makanan yang dijualnya sehingga ke hari esok
sebaliknya dia akan menyedekahkan kepada pelanggan jika jualannya tidak laku.
DI SEBALIK TOPENG, ADANYA DUKA YANG DIHADAPINYA
Demi untuk meneruskan kehidupan sekeluarga, pak cik ni duduk di tepi SpeedMart 99 berniaga pisang di kaki lima.
Yayasan Maghfirah telah mengagihkan bantuan peniaga kecil kepada peniaga-peniaga yang memerlukan.
"Katakanlah (wahai Muhammad) : "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia
juga yang menyempitkan baginya ; dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi Rezeki."
(Surah Saba, 34:39)
Tabung Peniaga Kecil
Tabung Peniaga kecil ini diwujudkan bertujuan untuk membantu golongan asnaf, golongan OKU dan para ibu tunggal menjana pendapatan sendiri dan membantu kelangsungan perniagaan mereka.
Inisiatif Tabung Peniaga Kecil yang bakal diberikan:
1. Bantuan modal kelangsungan perniagaan
2. Bantuan peralatan
3. Latihan kemahiran untuk berniaga
BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU?
Tuan/puan boleh menyumbang untuk Bantuan Peniaga Kecil itu mengikut pakej yang disediakan.
Istimewanya kami menamakan pakej sumbangan mengikut tokoh-tokoh Islam yang berpengaruh dalam bidang perniagaan.
Semoga satu hari nanti, peniaga yang menerima bantuan ini dapat membina pendapatan yang mampan buat keluarga mereka. Amin YRA
✓ Bantu 1 Peniaga Kecil
✓ Bantu Peniaga Kecil

